Jangan percaya semua mitos yang diceritakan tentang jangan berniaga itu, jangan berniaga ini, ekonomi tengah teruk sekarang. Waktu terbaik untuk berniaga adalah dikala semua orang kecut, takut dan ditakut-takutkan.Saya tidak suka menunggu atau membuang masa dengan menunggu seperti kau buat dulu lah bila berjaya nanti baru aku buat kebanyakkan kajian saya berlaku sebaliknya dia tidak buat pun hanya mimik ayat berbunga2 pembuang masa yang sia2 dengan menunggu entah sampai bila ia akan berjaya.entah! tiada sesiapa yg boleh bagitahu kot hanya dia sahajalah yang tahu jawapannya,pandai pula bermain dengan bunga ayat yang biasa kita dengar jika rezki tidak ada masakan kita memperolehinya juga sabar dan apa lagi lah .cuba kita pikir dengan reasional kenapa allah kayakan orang kafir berbanding orang islam kini tidak seperti di zaman kegemilangan rasullullah yang dapat kita bangga2kan .jawapannya senang sahaja sebenarnya para sahabat ia pandai meramal sesuatu yang akan datang kesan dari tindakannya sekarang atau tidak suka menunggu tanpa bertindak tapi lebih suka kepada bertindak dahulu baru tahu kesannya sebagaimana syarikat2 besar sekarang telah amalkan contoh paling mudah pembuatan kereta toyota bila tindakkan menbuat kereta sekarang kesan dari ramalam yang akan datang maka terjadilah kereta yang ramai pakai sekarang jenama toyota itu sendiri kesan tindakan yang pantas tanpa menunggu masa yang akan datang.Haraf faham .
AirAsia tidak akan jadi AirAsia hari ini jika dengar cakap si pengecut.
KFC tidak jadi KFC hari ini jika dengar cakap tauke restoran yang cakap resepi ayam goreng Colonel Sanders tidak mungkin laku.
Microsoft tidak akan jadi Microsoft hari ini jika dengar cakap kawan dia yang kutuk Bill Gates bahawa mana mungkin semua rumah akan memiliki komputer dirumah satu hari nanti.
Saya tidak akan bina bisnes saya sekang ini jika asyik dengar nasihat jiran saya yang ada mengatakan akan gagal dalam bisnes saya ini.
Saya tidak akan dapat membina syarikat latihan dan perundingan serta penganjuran seminar terbesar di Asia dengan lebih 100,000 peserta yang hadir setahun jika dengar cakap seorang pegawai bank yang kata syarikat begini tidak boleh bertahan lama apatah lagi syarikat Melayu.
Banyak lagilah nak cerita tentang contoh betapa kita tidak perlu dengar dan bersetuju dengan kata-kata orang lain yang negatif tentang impian kita.
Apa yang penting? Kita tekad dan nekad mahu capai apa yang kita mahu capai dan ada M.E.S.T.I.
M- Matlamat yang jelas / Ada Mentor / Misi yang jelas
E- Elmu - Emotional Intelligence + Ilmu
S- Strategi yang betul
T- Tindakan Yang Luar Biasa
I - Impian dan Intention (Niat) yang betul
#InspirasiMenjadi kenyataan
#M.Ridhuan76/ AL RAZIQ GLOBAL
Saya melihat ramai orang yang bertukar-tukar perniagaan dan saya rasa kasihan kerana apa yang mereka perlu tukar bukanlah perniagaan tetapi SIKAP mereka.
Saya melihat ramai orang yang bertukar-tukar perniagaan dan saya rasa kasihan kerana apa yang mereka perlu tukar bukanlah perniagaan tetapi SIKAP mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan