Maaf, saya tidak mengajar anak didik saya yang selama ini bekerja untuk berhenti kerja dan terus berniaga serta berniaga buka kedai besar-besar dan dapatkan modal pinjaman. Akan sampai masanya bila mereka patut berhenti atau wajib berhenti.
Bagi saya itu cara permulaan bisnes yang paling tidak betul.
Jika anda tidak pernah berniaga dan tiba-tiba nak buat pinjaman untuk berniaga, soalannya, berapakah banyak ilmu perniagaan yang terbukti berjaya yang anda ada? Apakah beza ilmu dan pengalaman anda berniaga dengan anak berumur 7 tahun jika mereka datang kepada anda dan berkata, saya nak berniaga dan buat pinjaman RM10K-RM50K untuk mulakan perniagaan.
Apa anda jawab?
Kalau sesetengah orang Melaka, jawabnya kasau sikit. Hawaw kau nak berniaga belajar pun tak habis. Masalahnya bukan masalah belajar pun tak habis, kat sekolah tu ada ajar ilmu bisnes ke dna yang mengajar tu bisnes ke?
Point saya, ini waktu terbaik untuk mulakan bisnes secara sampingan bagi yang baru nak berniaga, tip dari saya ialah :-
1/ Mulakan berniaga secara sampingan
2/ Teruskan bekerja
3/ Mulakan berniaga dengan jadi ejen kepada produk orang lain atau gunakan ilmu/ bakat/ pengalaman untuk beri perkhidmatan kepada orang lain
4/ Jangan meminjam bank atau mulakan bisnes dengan pinjaman
5/ Cari ilmu der! Kita pandai dan lebih bagus dalam keputusan bila ada ilmu, tidak perlu bodoh sombong tapi last sekali bisnes lingkup atau bertahun bisnes tidak boleh capai pun RM1 juta setahun.

Kita selalu risau tentang ekonomi dunia tetapi persoalannya, adakah kita tadbir ekonomi keluarga kita dengan betul dan berhemah?
Sekian tip bisnes hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan