Rabu, 8 April 2015

hartanah lelong part 1

Salam kejayaan utk anda ?
Mungkin anda dah tahu bahawa
lelong juga adalah satu bisnes.

Oleh itu, kita perlu tahu bahawa bisnes
bukan semata-mata teori.

Teori disini bermaksud, sesuatu yang
anda tahu atau faham berdasarkan kepada
bacaan atau disampaikan oleh orang lain
kepada anda.

Contoh paling mudah adalah belajar
bagaimana nak beli rumah lelong
berdasarkan buku semata-mata.

Dalam buku, mungkin beritahu anda.
sebelum beli rumah lelong.

mohd anda perlu buat ini & itu,
disini & disitu, kesana & kesitu,
begini & bergitu dan gitu-gitu..
(gurau sekali sekali sekala)
Membaca itu adalah bagus.
Saya sendiri suka membaca.
Saya tidak menghalang malah
sangat-sangat menggalakkan..
Namun hakikat sebenar adalah
berbeza sama sekali...

Disini saya nak share dengan anda
satu email yg saya terima dari saudara
Bukhari Ryo Pakar Strategi Pemasaran Internet...

Emailnya seperti dibawah:

Apa beza orang yang buat bisnes
dengan belajar bisnes?

Agak-agak kenapa ye ramai yang belajar bisnes
tapi tak berjaya untuk ada bisnes sendiri?

Sebaliknya, orang yang tak pernah belajar
bisnes yang biasanya berjaya dalam bisnes?

Pada pendapat saya, orang yang belajar bisnes
terlalu fokus pada teori semata-mata.

Dalam buku ditulis:

Bila lakukan perkara A,

seterusnya disusuli dengan perkara B,

maka perkara C akan terjadi dan terhasilnya
keuntungan.

Dalam peperiksaan memang la betul bila
anda jawab dengan jawapan

"perkara C akan terjadi dan terhasilnya keuntungan"

Tapi,

Dalam dunia realiti bisnes,

Buat perkara A,

Buat perkara B,

Yang terhasilnya bukan macam tertulis dalam buku.

Yang terjadi adalah D,E,F,G,H......Z

Memang sukar nak jadi seperti yang diterangkan
dalam teori.

Bila terjadi perkara-perkara yang tak
disangkakan, di situlah kepintaran untuk
menangani masalah akan diuji.

Ramai yang gagal untuk tangani masalah
di peringkat ni.

Bila rujuk balik teori, dah betul dah apa yang dibuat..

Tapi tak jadi..

Bila tak jadi,

mula lah pening-pening lalat tak tau apa yang patut dibuat.

Dalam buku tak ada.

Dalam ebook tak ada.

Dalam DVD tak ada.

Dalam seminar tak ada...

Akhirnya...

BERHENTI BISNES

SALAHKAN GURU, BUKU, DVD,
BENGKEL, SEMINAR, EBOOK..

Kalau boleh, semua nak disalahkan..

Kenapa perkara sebegini sering terjadi?

Pada pendapat saya, ini adalah berpunca
dari masalah mentaliti sendiri.

Terlalu ikutkan teori semata-mata.

Saya betul-betul nak minta anda faham jika
anda betul-betul serius dalam bisnes:

BISNES BUKAN TEORI

BISNES ADALAH PRAKTIKAL.

ANDA PERLU BELAJAR DARI KEGAGALAN SENDIRI.

BUKU HANYA PANDUAN.

TENAGA PENGAJAR HANYA 'GUIDE' ANDA SUPAYA

ANDA TAK TERSASAR JAUH SAHAJA.

SELEBIHNYA ANDA PERLU BELAJAR SENDIRI
DAN SESUAIKAN DENGAN KEADAAN SENDIRI.

Jangan sesekali harapkan ada orang akan ajar
bisnes dengan cara 'spoon feeding' satu
step demi satu step..

Cara terbaik untuk belajar bisnes adalah
dengan belajar dari kesilapan sendiri....

<=========================>

p/s : Diatas adalah petikan email yang saya terima...

Saya masih ingat, BOS (Mentor) lama saya pernah
marah saya sebab saya banyak sangat tanya...
Lebih-lebih lagi masa saya bagitahu dia;

"BOS, kalau saya buat ini, ini.......
macam kat dalam buku tu boleh ke?"

BOS saya jawab ;

"Ini buku takde guna punya....
you buat dulu..."


Memang pedih telinga dengar time tu...
tapi syukur sangat sebab saya faham
apa yg dia maksudkan...

Sebab buku bukan untuk kita ikut & percaya 100%
tetapi sebagai guide & panduan supaya kita boleh
mengambarkannya dan mengelakkan kita supaya
membuat sesuatu yang tidak sepatutnya...
Semoga anda kaya & berjaya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan