Isnin, 13 April 2015

HARGA RIZAB DAN HARGA PASARAN

Salam keceriaan ingat lagi tak perkongsian saya dengan
anda sebelum ini. Jika sebelum ini saya ada kongsikan
apa itu harga rizab.. untuk hari ini saya akan kongsikan
apakah perbezaan antara Harga Rizab (Reserve Price)
dengan Harga Pasaran (Market Price).

Untuk pengetahuan , Harga Pasaran
adalah harga sesuatu hartanah mengikut kepada nilai
terkini hartanah. Nilai Pasaran juga dikenali sebagai
Nilai Pasaran Terbuka (*OMV) iaitu harga sesuatu
hartanah yang telah dinilai oleh Penilai berlesen.
*OMV : Open Market Value
Nilai pasaran ini kebiasaanya dibuat berdasarkan
kepada kaedah perbandingan dengan urus niaga
hartanah yang terkini dan serupa dalam sesuatu
kawasan yang sama atau berhampiran dengannya.
Oleh itu, harga rizab adalah harga terendah yang
bank tetapkan mengikut kepada harga yang difikirkan
patut dan bertepatan dengan tunggakan yang perlu
dijelaskan oleh pihak peminjam.
Untuk harga pasaran pula adalah harga terkini yang bank
tetapkan melalui panel penilai (Valuer) untuk menentukan
harga pasaran semasa. Namun bergitu, harga rizab juga
tetap ditentukan oleh Penilai berdaftar mengikut kepada
arahan yang diberikan oleh pihak bank.
Sekian perkongsian ringkas dari saya untuk kali ini hhhhe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan