Sabtu, 30 Mei 2015

KAVEAT DAN PEMBATALAN /TARIK BALIK & KOS2NYA...



“KAVEAT” ertinya kaveat berdaftar mengikut tafsiran di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara. Kaveat merupakan suatu mekanisma yang menghalang pendaftaran urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

JENIS-JENIS KAVEAT
Umumnya kaveat terdiri dari beberapa jenis seperti:

1.Kaveat Pendaftar
2.Kaveat Persendirian
3.Kaveat Pemegang Lien, dan
4.Kaveat Amanah

1. KAVEAT PENDAFTAR
1.1    Kaveat Pendaftar dimasukkan oleh Pendaftar. Kaveat pendaftar dimasukkan atas salah satu sebab berikut:
a)         Untuk mengelak penipuan dalam urusniaga seperti fraud, salah nyata dan salah penggunaan borang.
b)          Untuk melindungi kepentingan-kepentingan :
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari segi tuntutan hutang, hasil tanah tertunggak dan pembayaran balik pinjaman Kanak-kanak, orang kurang siuman atau orang yang diketahui tidak ada di negara pada masa itu
c)         Untuk menjamin pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri
d)         Untuk membetulkan kesalahan-kesalahan yang berlaku didalam dokumen hakmilik atau suratcara lain yang ada kaitan dengan tanah dan kepentingannya Sek 320 (1)
1.2       Tempoh Kuatkuasa kaveat pendaftar adalah berterusan selama-lamanya sehinggalah ia dibatalkan oleh pendaftar atas usulnya sendiri atau permohonan daripada pemilik tanah ataupun atas perintah Mahkamah (Sek 321 (3) KTN).

2. KAVEAT PERSENDIRIAN
2.1       Kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas permohonan berikut :
a)         Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar.
b)         Mana-mana orang atau badan yang menuntut ianya berhak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan
c)         Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja yang menuntut sebagai berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah.
2.2       Kaveat Persendirian bersifat sementara sehingga ianya dibatalkan kerana luput tempoh 6 tahun atau melalui permohonan pemotongan kaveat persendirian atau perintah Mahkamah.
2.3       Pemotongan Kaveat Persendirian (Sek. 326 KTN)
•           Tuan tanah atau pihak berkepentingan berdaftar boleh membuat permohonan pemotongan kaveat persendirian boleh dibuat melalui borang 19H.
•           Notis 19C akan diserahkan kepada pengkaveat.
•           Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh notis diterima, pengkaveat hendaklah mendapatkan perintah Mahkamah bagi melanjutkan tempoh kaveat persendirian.
•           Perwartaan dibuat sekiranya notis tidak dapat disampaikan mengikut (Sek 432 KTN).
•           Kaveat akan dibatalkan sekiranya tiada Perintah Mahkamah melanjutkan kaveat diserahkan dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh notis diterima atau tarikh perwartaan notis.

3.     KAVEAT PEMEGANG LIEN
3.1       Kaveat pemegang lien bertujuan untuk menjamin kepentingan si peminjam ke atas haknya. Permohonan hendaklah
disertakan dengan dokumen hakmilik keluaran atau pendua pajakan.
3.2       Kaveat pemegang Lien boleh dibatalkan oleh Pendaftar sekiranya ditarikbalik oleh pengkaveat atau sekiranya Pendaftar berpuashati jumlah wang yang genap masa di bawah lien telah dibayar dengan sempurna atau melalui Perintah Mahkamah.

4.      KAVEAT AMANAH
4.1       Kaveat Amanah boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas tanah atau kepentingan yang mana telah dinyatakan sebagai dipegang oleh mana-mana orang atau badan sebagai pemegang amanah atas permohonan :
•           Pemegang-pemegang Amanah buat masa itu mengenai mana-mana tanah atau kepentingan; atau
•           Orang atau badan oleh siapa mana-mana tanah atau kepentingan adalah mula-mulanya dipindahkan kepada pemegang-pemegang Amanah; atau
•           Orang atau badan oleh siapa apa-apa kepentingan diwujudkan yang memihak kepada pemegang-pemegang Amanah.
4.2       Kaveat amanah akan terus berkuatkuasa sehingga dibatalkan oleh Pendaftar atas permohonan pemegang amanah dan semua orang atau badan yang berhak mendapat faedah dibawah amanah itu.

PERINTAH LARANGAN
Perintah Larangan ialah suatu perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi melarang seseorang penghutang hukuman (judgement debtor) daripada melakukan apa-apa urusniaga terhadap tanah yang dimilikinya atau kepentingan pada tanah yang dipegangnya (Seksyen 334).
Perintah larangan hanya berkuatkuasa selama 6 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan oleh mahkamah. Tempoh perintah ini boleh dilanjutkan oleh mahkamah dan permohonan hendaklah diserahkan sebelum tamat tempoh.

DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN KETIKA BERURUSAN
Apakah (jenis-jenis) borang yang diperlukan ketika berurusan dalam urusan kaveat ini? Di bawah adalah beberapa perkara dan borang yang perlu disediakan (dan diteliti) ketika berurusan di pejabat tanah (atau SUK) mengikut jenis kaveat.

1. KAVEAT PERSENDIRIAN
i.          Orang Perseorangan/Syarikat Kewangan.
-           Borang 19B yang lengkap diisi
-           Surat Akuan Sumpah
-           Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)
-           Salinan fotostat pelan tanah (untuk kaveat persendirian atas sebahagian tanah)

ii.    Syarikat/Pertubuhan
-           Borang 19B yang lengkap diisi
-           Surat Akuan Sumpah
-           Borang 49/Akta Pertubuhan/ Undang-undang Kecil yang disahkan oleh peguam.
-           Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)
-           Surat kuasa wakil/nombor rujukan surat kuasa wakil (jika berkaitan) 

Memandangkan Harith dalam proses mahkamah berkaitan kaveat (kes saman penyewa) jadi khususkan sedikit cara-cara untuk kita ‘buang’ tanah/hartanah kita yang telah dikaveatkan oleh pihak ketiga, atau dalam kes ini adalah penyewa tanah.
Untuk menarik balik sebarang kaveat biasanya:
-Tarikbalik kaveat menggunakan Borang 19G di bawah seksyen 325 KTN oleh pengkaveat.
-Bayaran  Tarikbalik kaveat - RM60.00
-Surat Kuasa Wakil - RM20.00
-Pembatalan kaveat menggunakan Borang 19H di bawah seksyen 326 KTN oleh tuan tanah atau pihak berkepentingan yang berdaftar melalui permohonan kepada Pendaftar.
-Bayaran Pembatalan Kaveat - RM60.00
-Notis - RM20.00
-Mana-mana orang atau badan yang berkepentingan membuat permohonan melalui mahkamah untuk pembatalan kaveat di bawah seksyen 327 KTN. Bayaran permohonan pembatalan kaveat adalah RM30.00.

Dalam kes ini firma (Harith selaku wakil peguam plaintif) telah membawa kes ini ke mahkamah apabila kaveat telah diletakkan ke atas tanah yang didakwa mempunyai kepentingan tertentu oleh pihak defendan. Jadi urusan kaveat ini sebenarnya memang akan memakan masa yang lama dan menelan kos yang banyak dan tidak semudah yang disangka apabila telah dibawa ke mahkamah. Bagi sesiapa yang tidak mahu kes dipanjangkan dan mahu penyelesaian yang terbaik eloklah berbincang dengan pihak yang telah menkaveatkan hak anda dengan baik supaya menarik balik kaveat tersebut atau menggunakan kaedah di atas. (kaveat persendirian)

2.    KAVEAT PEMEGANG LIEN
-    Borang 19D
-    Dokumen Hakmilik Keluaran

3.    KAVEAT AMANAH
-    Borang 19E
-    Surat Amanah yang telah difailkan di PTG

4.    KAVEAT PENDAFTAR
-    Surat dari Badan/Agensi Kerajaan (tidak melibatkan bayaran)

5.   PERINTAH LARANGAN
-    Perintah Mahkamah yang telah dimeterai oleh Pendaftar Mahkamah.

6.   TARIKBALIK KAVEAT PERSENDIRIAN
-    Borang 19G

7.   PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN
-    Borang 19H
-    Borang 49/Akta Pertubuhan/Undang-Undang Kecil yang disahkan oleh peguam.
-    Surat kuasa wakil/nombor rujukan surat kuasa wakil (jika berkaitan)

8.   TARIKBALIK KAVEAT PEMEGANG LIEN
-   Borang permohonan menarikbalik kaveat pemegang lien


Tarik Balik Kaveat
MAKLUMAT AM
Tarikbalik kaveat menggunakan Borang 19G di bawah seksyen 325 KTN oleh pengkaveat.
Bayaran  Tarikbalik kaveat - RM60.00
Surat Kuasa Wakil - RM20.00
Pembatalan kaveat menggunakan Borang 19H di bawah seksyen 326 KTN oleh tuan tanah atau pihak berkepentingan yang berdaftar melalui permohonan kepada Pendaftar.
Bayaran Pembatalan Kaveat - RM60.00
Notis - RM20.00
Mana-mana orang atau badan yang berkepentingan membuat permohonan melalui mahkamah untuk pembatalan kaveat di bawah seksyen 327 KTN. Bayaran permohonan pembatalan kaveat adalah RM30.00.

12 ulasan:

  1. untuk tarik balik kaviet lien ada borang khas tak..mcm tarik balik kaveat persendirian

    BalasPadam
  2. LIEN.... SURAT JE UTK TARIK BALIK

    BalasPadam
  3. Cara tarik kaveat amanah? Jika pemegang amanah sudah meninggal dunia?

    BalasPadam
  4. salam, nk tanya, biasanya kaveat pendaftar akan mengambil masa berapa lama untuk selesai slepas permohonan tarik balik? dh tunggu dkt 6 bulan dan sejak dari april lepas

    BalasPadam
  5. bagaimana status kaveat bila orang yang mengkaveat tanah kita tu meninggal dunia? adakah kaveat masih kekal atau terbatal?

    BalasPadam
  6. bagaimana status kaveat bila orang yang mengkaveat tanah kita tu meninggal dunia? adakah kaveat masih kekal atau terbatal?

    BalasPadam
  7. tuan, sekiranya orang yg memasukkan kaveat persendirian meninggal dunia sebelum habis tempoh 6 tahun kaveat tersebut tamat, adakah kaveat persendirian tersebut masih berlanjutan sehingga cukup tempoh 6 tahun? mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf menyampuk, adakah kita sdh mendapat jalan penyelesaian nya? Kerana saya benar² ingin tahun. Sebab kes saya sama seperti soalan tuan,mohon respon tuan.

      Padam
  8. Jika tanah yang telah diserahkan oleh ibu angkat kepada anak angkat semasa hidup sebagai pemegang amanah atas dasar kasih sayang kerana anak tersebut dibela dari sejak bayi dan setelah ibu itu meninggal, pertukaran nama dibuat dan tanah tersebut jatuh hak atas nama anak angkat dan selepas 2tahun anak angkat tersebut ingin menjualnya tetapi tanah tersebut di kavead oleh adik ibu angkatnya selepas setahun setelah pertukaran nama berlaku. Jika perkara ini dibawa ke mahkamah untuk membatalkan kavead tersebut, apakah kemenangan akan berpihak pada anak angkat tersebut dan adakah sebarang saman boleh dibuat oleh anak angkat terhadap adik ibu angkat itu?

    BalasPadam
  9. Tuan mohon pencerahan. Boleh kah org persendirian tersilap alamat kaviet tanah.

    BalasPadam
  10. Bagaimna penama jika penama kaviet meniggal dunia..

    BalasPadam
  11. kaviet boleh diperbaharui tak selepas 6 tahun?

    BalasPadam