hai blog…aku rasa lama gak tak menulis..lately aku sungguh sibuk…dengan pertambahan client2 lelong…dan juga client2 sedia ada yang memang menanti masa masuk lelong…dan beberapa kenalan rapat bini aku yang semakin ghairah memburu unit2 lelong…sampaikan sehari sehingga 8 bijik rumah yang kita bida…total almost every month lebih 50 biji yang kita cuba…dan dalam 6 ke 7 biji berjaya dibida…
Tidak apa yang ingin aku ceritakan..just lately badan rasa tak berapa sihat…cepat mengah…cepat letih…dan tak berapa selera makan…aku tak tau kenapa…mungkin terlalu kerja keras….kerja kuat….sehingga tidur cuma 2 ke 3 jam sehari…itulah budaya yang telah diterapkan oleh JEPUN….
Oklah…aku share sikit pencapaian sehingga hujung april ni…alhamdulillah…hajat ku kesampaian…untuk tahun ni game hartanahku agak berbeza…aku bermain dan membeli property yang berada dalam radius 50km-60km drpd tempatku duduk…ianya tidak menjadi masalah…asalkan harga yang kita LOCK itu berpatutan…
Target 2015 boleh dikatakan cemerlang….tanah 2 ekar di TAMPIN…tanah 2 ekar di Kuala Pilah….sebiji medium cost di rawang…dan 3 biji lowcost di rawang…telah di rancang utk di miliki ….ini semua menagih berkat doa kawan2…dan usaha 120% yang telah aku curahkan…keseluruhan untuk 2015 6 property untuk di miliki lagi…
Insyaallah unit2 ini akan ku simpan sehingga ke hari tua…untuk bekalan cashflow yang semakin menipis…dek kerana komitmen rumah di shah alam ini….permainan ini lebih kepada long term investment….sungguh berbeza…di awal pembabitan ku ke alam hartanah ini…harini beli…esok terus jual…memandangkan umur meningkat…dan loan pon tak boleh pergi lagi…so kita decide pembelian dilakukan secara tunai…
Aku akan sentiasa membeli dan membeli di kawasan ini…pantang dalam account ada lebihan fulus…pasti kan ku sambar sebijik di area sana…sehingga kawan2 ejen di rawang pon sudah mengenali diriku…maafkan saya bang…di kawasan2 prime dan matang…kawan2 sudah sapu…so bagilah saya chance untuk memiliki sebutir dua di sini…zamri..asri..rahim…kent…abang kasut putih…suhadi…antara2 ejen2 lelong yang banyak membantu…siap survey2 di sana lagi…thanks banyak…
Ada orang kata aku hebat..power…tanya camne boleh beli rumah segederap dalam jangka masa yang pendek???macam beli sayur???jawapanku senang je…carilah peluang…dan berfikirlah secara logik…terbuka…dan tidak terlalu memilih…saban hari aku yang mewakilkan kawan2 membida…mane tahan tengok korang bedal begitu sahaja….aku juga inginkan persaingan sihat…
Pada aku…masih banyak insan2 di luar sana yang lowprofile…yang memiliki LEBIH drpd apa yang aku ada…tapi itu semua kujadikan pemangkin semangat untuk terus berusaha…tkkan sekali attend auction…kalah…dah takmo masok lagi bro????Investor yang cekal dan kuat pasti akan mencari jalan bagaimana mahu membeli lagi….itu akan melatih otak kita lebih bertenaga…makin banyak kawasan kita teroka…dan mencari peluang2 baru…
Tanah aku 6 lot di kelate tupon masih belom dibuat site visit…nak bawak kereta kesana pon tak larat…tunggulah…apa projek di sana…mau naik…kita fikir2kanlah…kena carik otai lagi hebat nie tang tanah utk merungkai persoalan ini..idea2 bernas memang ku tagih….mungkin buat masa sekarang..kita jadikan sebagai LAND BANK….anything happen…ada chance untuk kita cairkan…mortgagekan…refinance…mengikut keadaan dan situasi….
Oklah blog….cau dulu…esok mau masok lelong lagi…selamat membida….GOGOGOGO AUMMM...ingat lelong ingat Dhuan LELONG ok hhhe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan