Sabtu, 11 Julai 2015

STRATEGI HARTANAH 2

Suami isteri bgaji RM 2k/seorg tp blh memiliki 4buah rumah + kereta yg selesa + RM 50k saving...Mustahil?
Idea ini dari shbt sy Tuan Khairul Ezuwan
Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 Setiap seorang. Ambil kenaikan Gaji 10% setahun @ RM180 setahun.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
A) Suami
_______
1. Buat simpanan secara konsisten Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, Pakai transfer online Setiap Kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun Ada simpanan cash RM12,000
2. Keluarkan RM7,000 buat deposit Cari Rumah Lelong yang berharga RM70,000 (Cari Mesti Ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji
bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.
3. Terus kan buat simpanan bulanan RM1,000, selepas 6 bulan Beli Rumah yang pertama tadi, Jumlah simpanan Sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah Lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.
Buat tenancy agreement.cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan Sewa RM250 buat bayaran extra kepada Rumah pertama (target = habiskan Rumah
pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.
4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max utk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividend selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total dividen compounding + value cancel = RM60,000
5. Dengan extra payment yang dibuat ke Rumah pertama selama 3 tahun. Baki Rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement Rumah pertama. (Rumah pertama bebas
Dari pinjaman) . RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000. Duit EPF AC 2 waktu ini ada RM10,000 .
6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat Mark up loan. (Cari Rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
B) Isteri
_______
1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap
bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 👆suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.
2. Beli Rumah Lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan Rumah ini RM600 dan Buat
tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.
3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow Sewa Rumah) = RM450 sebagai
installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividend compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki
pinjaman Kereta Waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF AC2 waktu ini Ada RM10,000.
4.Trade in perodua kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
DSR (Debt Service Ratio)
Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun Dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 ➕
Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000➖
Total DSR Suami + Isteri = 46%✔️
Total cash di tangan :
suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000
Total income bulanan bersih = RM3,480✔️
Memiliki 4 property Dan Kereta yang selesa✔️
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.😊. '
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri.
*Siapa yg x boleh nak hadam,teruskan je kehidupan spt biasa...ini sekadar teori dan lakaran,ikut kemampuan msg2 utk mlaksanakannya..
Fahamkan betul-betul ye
===================
Comment:' Mengarut..x kira plak Bill..minyak..perbelanjaan ank..duit mkn..pampers..duit taska semua..'
Jawapan saya
➖➖➖➖➖➖
Selepas Suami simpan RM1000, wife simpan RM200, Bayar kereta RM300,
Baki gaji suami = RM800
Baki gaji isteri = RM1300
Total baki gaji = RM2100✔️
Kalau rasa Tak cukup angka Ni untuk tampung kehidupan harian seperti sewa, anak, minyak, dll, buat la kerja tambahan, contohnya Overtime, contoh saya letak seorang OT RM450. So di situ ada penambahan RM900
Total duit untuk belanja RM3000✔️
Kalau masih tidak mencukupi carilah sumber-sumber lain seperti kerja part time, contoh, buat sublet 2,3 biji rumah ke atau jadi agent drop ship ke, affiliate ke. Banyak pilihan pada kita, Cuma bergantung pada diri Kita sendiri nak buat atau tidak.
Kalau Tak cukup juga, gunakan la sebahagian simpanan RM1200 yang di buat setiap bulan tadi & tangguhkan sedikit tempoh beli rumah. (Duit simpanan ini biarlah jadi option terakhir kerana target kita untuk memiliki hartanah dengan secepat mungkin).
Yang ikhlas,
Datin Seri Khairul Ezuwan
'Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga'
________________________________________
STATUS ni saya bagi idea untuk guide bagaimana nak beli rumah , 1,2,3,4 dan aplikasikan dalam pengiraan DSR pinjaman, untuk pinjaman dapat lepas dengan lebih smooth dan kumpul modal untuk memilikinya. Amount dan masa nak kumpul & beli Adjust la sendiri ikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Contoh, Tak mampu Simpan RM1000, simpan 500, tempoh beli rumah pertama tu tukar kepada 2 tahun.Kalau dah tak mampu juga. Jangan buat sebab anda memang tidak sesuai guna kaedah ini.✔️
Yang komen bukan main banyak mengenai kos Sara hidup yang lain macam pampers, taska, zakat,GST,bill, parking,makan, Bayar astro, duit masuk toilet, beli kit Kat anak, mainan anak, beli kebab pasar malam, anak demam, duit potong rumput, Khairat kematian. Dah macam Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga pulak saya rasa nak kena fikirkan semua kos-kos tu👆. ITU ANDA FIKIR SENDIRI LA. Tak cukup cari lebih, rasa cukup diam, Tak cukup Tapi diam, itu terpulang pada anda sendiri.

Jumaat, 10 Julai 2015

STRATEGI HARTANAH 1

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...Mr XYZ membeli sebuah rumah teres dua tingkat ketika berumur 25 tahun pada tahun 2007 dengan harga RM200,000...Pada tahun 2011 Mr XYZ membeli sebuah lagi rumah teres dua tingkat dengan harga RM400,000 dan dia mendiami rumah tersebut...
Pada tahun 2015, Mr XYZ berumur 33 tahun... Mr XYZ boleh selesaikan rumah yang didiami itu dengan cara menjual rumah pertama yang dibeli pada tahun 2007 itu dengan harga pasaran RM580,000 dan baki loan untuk rumah tersebut RM180,000...So,keuntungan dari jualan itu ialah RM400,000...Keuntungan ini menyelesaikan baki loan rumah kedua yg didiami Mr XYZ...Ini bermakna Mr XYZ boleh tinggal di rumah teres dua tingkat yang sudah habis dibayar dengan harga pasaran rumah itu ialah RM720,000...
Seronok jugak Mr XYZ yg baru berusia 33 tahun memiliki rumah berharga RM720,000 tanpa sebarang hutang dengan bank...Akan tetapi kalau itu jer rumah yg dia ada maka tak boleh buat apa jugak yer... Rumah nak didiami takkan dia nak jual kan??? Selagi tak jual memang tak merasa la untung... hahaha... Tapi Mr XYZ ada beberapa buah rumah lagi dan kesemua rumahnya itu telah appreciate lebih daripada 100%... Ohhhh...bahagianya Mr XYZ...
Jadi, anak2 muda perlu memikirkan strategi mantap dan power untuk memiliki rumah pertama di usia muda... Jangan asyik merungut harga rumah mahal... Pastu tiba2 bawak kuar Honda Civic plak...hehehe...
Kalau ada plan nak beli rumah bgtau saya yer...PM inbox saya atau whatsapp ke 0129143455... Saya perlukan maklumat rumah idaman anda seperti jenis rumah, harga, lokasi dan sebagainya... Sertakan nama dan contact no. juga yer... InsyaAllah saya cuba bantu menggunakan segala khudrat yg ada...